zikrullah n doa

Ahad, 6 November 2011

PROGRAM LATIHAN PRAKTIKAL AMALI DI DARUSSYIFA' BANGI ( BHG 2 )

Program di hari kedua di mulakan dengan sembahyang
Fardhu Subuh berjemaah yang di imamkan sendiri oleh
Tuan Guru, Dato' Dr. Ustaz Haron Din dan seterusnya
bersarapan pagi di kediaman Tuan Guru bersama
perawat-perawat kanan Darussyifa' Bangi.
Ada saja perbincangan dan perkongsian ilmu dan pengalaman
diantara pihak Darussyifa' Bangi dan Darusysyifa' Warrafahah.
Satu pengalaman baru... Tuan Guru membacakan doa
dan di amin kan oleh pesakit-pesakit yang hadir sejurus sebelum
Tuan Guru memulakan sesi rawatannya pada pagi hari Selasa.
Rombongan Kumpulan Pertama Darusysyifa' Warrafahah
di beri peluang untuk memerhatikan dengan lebih dekat lagi
bagaimana Tuan Guru menjalankan rawatannya
Berpeluang memerhatikan perawat-perawat lain
merawat pesakit-pesakit yang datang ke Darussyifa'
( Ustaz Apandi & Ustaz Arshad dalam dua gambar ini ) 
Musaid Kumpulan Pertama ini berpeluang membantu
Tuan Guru secara langsung di klinik rawatannya.
Setiap ahli kumpulan tidak pernah lalai dalam mencatit
setiap butir-butir rawatan yang di ikuti.
Keakraban di antara ahli-ahli Darussyifa' Bangi dan
Darussyifa' Warrafahah  begitu jelas kelihatan.
Berpeluang  bertemu dengan pengacara rancangan
AL-KULIYYAH TV3, Ustaz Fauzi yang juga di fahamkan adalah
salah seorang perawat Darussyifa' Bangi.
Menikmati makan tengahari
Kumpulan pertama merakamkan gambar ramai  bersama Tuan Guru,
Dato' Dr. Ustaz Haron Din di akhir sesi klinik rawatan beliau.

Jumaat, 4 November 2011

PROGRAM LATIHAN PRAKTIKAL AMALI DI DARUSSYIFA' BANGI ( BHG I )

Rombongan Kumpulan Pertama Musaid DSR seramai 9
orang merakamkan gambar bersejarah mereka bersama
Pengiran Penasihat, Dato Yang Di Pertua dan Timbalan Yang
Di Pertua II DSR, sejurus sebelum masuk ke dewan berlepas.
Darussyifa' Bangi, Malaysia
Bergambar ramai sejurus tiba di Darussyifa' Bangi, Malaysia
Tuan Hj Abd Rajak Hj Dali selaku ketua Kumpulan Pertama
di bantu oleh Tuan Hj Rosli Hj Batang ketika sesi taklimat
dan suai kenal dengan pihak pengurusan Darussyifa' Bangi.
Kedatangan rombongan Kumpulan Pertama Musaid DSR
bagi program latihan praktikal amali ini di alu-alukan
oleh Pengerusi Darussyifa' Bangi, Ustaz Hj Abd  Rahman
bin Ahmad serta ahli-ahli jawatankuasa yang lain.
Ustaz Abd Halim bertindak sebagai PA Darussyifa' Bangi.
Meninjau bilik pejabat pentadbiran Darussyifa' Bangi.
Tuan Hj Rosli dan Ustaz Abd Halim merangka jadual program
di sepanjang latihan ini di adakan.
Melawat sudut-sudut di mana perawat menjalankan
khidmatnya kepada para pesakit.
Salah seorang pesakit gangguan turut di tenangkan oleh
salah seorang musaid DSR ketika berkunjung ke Bilik ICU
( Bilik khusus bagi menempatkan pesakit-pesakit gangguan
yang agresif ketika dalam rawatan )
Beginilah keadaan Bilik ICU yang dilengkapi dengan bahan-
bahan yang boleh menghindarkan pesakit gangguan itu dari
mendapat kecederaan sendiri.
Lawatan ke Koperasi Darussyifa' Bangi Berhad.

Khamis, 3 November 2011

MAKLUMAN AHLI & ORANG RAMAI

MAKLUMAN 1

SUKACITA DIMAKLUMKAN BAHAWA DARUSYSYIFA' WARRAFAHAH AKAN MENGADAKAN SEMBAHYANG MAGHRIB , ISYA DAN SUNNAT HAJAT BERJEMAAH DAN SETERUSNYA MEMBACA YASSIN DAN  BERZIKIR SEPERTIMANA LAZIMNYA PADA HARI SABTU (MALAM AHAD), 5hb NOVEMBER 2011, JAM 6.00 PETANG.
SEHUBUNGAN DENGAN ITU,  SUKACITA MENJUNJUNG/MEMPERSILAKAN AHLI-AHLI UNTUK  HADIR PADA TARIKH YANG TERSEBUT DI ATAS.



MAKLUMAN 2

SUKACITA DIMAKLUMKAN KEPADA ORANG RAMAI BAHAWA DSR AKAN MENGADAKAN KLINIK RAWATAN MINGGUAN NYA PADA HARI SABTU (MALAM AHAD), 5hb NOVEMBER 2011   BERMULA PADA JAM 9.00 - 11.00 MALAM.

KEPADA ORANG RAMAI YANG BERHASRAT UNTUK MENDAPATKAN RAWATAN, SILA HADIR PADA TARIKH YANG DI SEBUTKAN DI ATAS. SEKIAN HARAP MAKLUM.
@ BLOG ADMIN