zikrullah n doa

Ahad, 28 Ogos 2011

DOA ZIARAH HARI RAYA AIDIL FITRI


Ya Allah Ya Tuhan Kami,
dengan keberkatan bulan Syawal yang mulia ini, turunkanlah rahmat dan keberkatan kepada kami semua, ampunilah kami semua, masukkanlah kami semua ke dalam Syurga-Mu dan jauhkanlah kami daripada seksaan api neraka -Mu.


Ya Allah Ya Tuhan Kami,
kurniakanlah kesihatan, keselamatan, kesejahteraan, kebahagiaan, ketenangan dan kegembiraan kepada kami semua, perbaikilah hubungan antara kami dan mesrakanlah antara hati-hati kami dan tunjukkanlah kepada kami jalan-jalan yang membawa kebajikan di dunia ini dan lepaskanlah kami daripada kegelapan dosa dan jauhkanlah kami daripada segala kekejian sama ada zahir ataupun yang tersembunyi daripadanya.


Ya Allah,
Engkaulah yang maha terpuji, Engkaulah yang maha pemurah dan yang maha kaya, kurniakanlah keberkatan kepada rezeki yang Engkau kurniakan kepada kami semua khususnya rezeki yang Engkau Kurniakan kepada tuan rumah ini (sebutkan nama tuan rumah) seisi keluarga, dengan rahmat-Mu,
Ya Karim, Ya Arhamarrahimin



Ya Allah Ya Tuhan Kami,
jadikanlah usaha ziarah hari raya ini sebagai usaha yang diberkati dan dirahmati, segala amal perbuatan baik kami diterima dan jadikanlah kami semua hamba-hamba-Mu yang sentiasa bersyukur atas ni’mat kurniaan-Mu.

Ya Allah Ya Tuhan Kami, jadikanlah pertemuan kami ini pertemuan yang dirahmati, dan perpisahan kami selepasnya nanti, perpisahan yang sentiasa terpelihara. Permudahkanlah urusan kami dan sempurnakanlah semua pekerjaan kami dengan segala kebaikan, dengan rahmat-Mu,
Ya Arhamar Rahimin.


Selasa, 23 Ogos 2011

IKHTIAR BAGI RAWATAN PENYAKIT BATU KARANG

AYAT / DOA YANG DI GUNAKAN :
1.   SURAH AL FATIHAH
2.   SURAH AL-HASYR AYAT 21-24

3.   SURAH AL-MU’MINUN AYAT 115-118
4.   SALAWAT SYIFA’

BAHAN-BAHAN RAWATAN :

1.   SERAI WANGI


2.   GULA BATU
3.   PERIUK TANAH (CLAYPOT)


CARA PENYEDIAAN DAN PENGGUNAAN BAHAN :

1.  AMBIL POKOK SERAI WANGI BESERTA DAUN, BATANG DAN AKARNYA SEBANYAK 15 BATANG (UNTUK KEGUNAAN RAWATAN SELAMA TIGA HARI).
2.  SERAI TERSEBUT DIBERSIHKAN DAN DIKETUK SEDIKIT DI BAHAGIAN BATANGNYA.
3.  SETELAH ITU, DIMASUKKAN KE DALAM PERIUK (CLAYPOT) BERSAMA AIR UNTUK DIREBUS.
4.  REBUS SEHINGGA AIR REBUSAN TINGGAL SEPARUH.
5.  SERAI WANGI YANG TELAH DI REBUS DI TUANGKAN KE DALAM GELAS, KEMUDIAN DI MASUKKAN GULA BATU DAN KACAU DENGAN SUDU MENGIKUT ARAH LAWAN JAM ( ANTI-CLOCKWISE ).




PERINGATAN :

1.  SEMUA BAHAN YANG DINYATAKAN DI ATAS HENDAKLAH TERLEBIH DAHULU    DIDOAKAN.
2.  SERAI WANGI MESTILAH DIAMBIL BESERTA DAUN, BATANG DAN AKARNYA.
3.  BAHAN TADI HENDAKLAH DI KACAU SECARA ANTI-CLOCKWISE.
4.  PESAKIT DI NASIHATKAN SUPA KERAP MEMINUM AIR KOSONG SELANG MASA  ATAU 2 JAM SEHARI.
5.  MAKAN MAKANAN SEIMBANG
6.  ELAKKAN MAKAN MAKANAN YANG TINGGI KANDUNGAN URIC ACID SEPERTI DAGING, UDANG DAN SOTONG.

Rabu, 10 Ogos 2011

MAJLIS ZIKIR, KHATAM AL QUR'AN SERTA TARAWIKH

DENGAN HORMATNYA SUKACITA MENJEMPUT / MEMPERSILAKAN AHLI-AHLI DSR UNTUK HADIR KE MAJLIS YANG TERSEBUT DI ATAS PADA TARIKH SEPERTI BERIKUT :

SABTU, 13hb OGOS 2011
Jam : 3.30 pm  ( selepas Asar )

ATURCARA :
  • Sembahyang Hajat / membaca Yassin serta zikir asas
  • Bertedarus dan seterusnya Khatam Al Qur'an    bersama penuntut-penuntut Tahfiz yg di jemput khas
  • Sembahyang Maghrib berjemaah
  • Berbuka Puasa
  • Sembahyang Isya' dan Sunat Tarawikh berjemaah
KEHADIRAN AHLI-AHLI ADALAH SANGAT-SANGAT DI HARAPKAN. SEKIAN HARAP MAKLUM.

@ BLOG ADMIN


MAKLUMAN PENTING ORANG RAMAI


PER : PENJUALAN PRODUK YANG DI DAKWA PRODUK DSR

PIHAK AJK TADBIR DSR TELAH DI MAKLUMKAN BAHAWA ADA TERDAPAT BEBERAPA PIHAK YANG TIDAK BERTANGGUNG JAWAB YANG MENJUAL PRODUK-PRODUK MEREKA KEPADA ORANG RAMAI DENGAN MENDAKWA YANG PRODUK-PRODUK ITU TELAH DI DOAKAN / ZIKIRKAN OLEH PIHAK DSR, MALAH DENGAN BERANI NYA MEMBERIKAN NOMBOR TELEFON PIHAK DSR KEPADA PELANGGANNYA  BAGI MEYAKINKAN LAGI DAKWAAN MEREKA ITU.

SEHUBUNGAN DENGAN ITU, SEKALI LAGI INGIN DI TEGASKAN DI SINI BAHAWA  PIHAK DSR TIDAK ADA MENJUAL PRODUK=PRODUK YANG DI DOAKAN / ZIKIRKANNYA DI MANA-MANA GEDUNG MEMBELI BELAH, KEDAI-KEDAI RUNCIT DAN DI MANA JUA TEMPAT LAIN SELAIN DARI RUMAH DSR, JALAN MADANG.

SEKIAN DI SAMPAIKAN UNTUK PERHATIAN DAN MAKLUMAN SEMUA PIHAK.

bp. AJK TADBIR DSR

HAFALAN RUQYAH ASAS PERTAMA