zikrullah n doa

Khamis, 28 April 2011

ZIKIR MINGGUAN DSR

KEPADA SEMUA AHLI-AHLI DSR,

SUKACITA DIMAKLUMKAN BAHAWA ABISKITA ADALAH DI JEMPUT UNTUK HADIR SAMA-SAMA UNTUK BERSEMBAHYANG MAGHRIB DAN ISYA BERJEMAAH DI SAMPING BERZIKIR SEPERTIMANA LAZIMNYA PADA ESOK MALAM ( SABTU, 30hb APRIL 2011 ) BERTEMPAT DI RUMAH DSR, JALAN MADANG.

KEHADIRAN ABISKITA ADALAH SANGAT-SANGAT DIHARAPKAN. SEKIAN HARAP MAKLUM.

MUZAKARAH JAWATANKUASA TADBIR DSR - 27.4.2011













Isnin, 25 April 2011

DOA SELSEMA

DOA GASTRIK

KAEDAH RAWATAN MENGGUNAKAN AIR

Disamping membaca doa-doa dan ayat-ayat Al-Qur'an, air digunakan sebagai bahan utama dalam rawatan. Selepas doa-doa dibacakan ditiupkan pada air, juga pada tempat yang sakit. Umumnya, air yang telah didoakan itu disapu pada tempat sakit dan dibuat minum. Jika perlu dicampurkan dalam air mandian untuk bilasan terakhir.

Jika pesakit berada di samping, tangan kanan perawat memegang ditempat yang sakit manakala tangan kirinya pula, memegang botol air. Botol dibawa berhampiran dengan mulut perawat, bacakan doa dengan niat yang tulus ikhlas memohon ALLAH swt memberikan kesembuhan kepada penyakit yang di hidapi. Selesai berdoa, tiup pada air di mulut botol berkenaan.

Jenis-Jenis air yang boleh digunakan untuk ikhtiar rawatan
              ( mengikut turutan yang paling baik )

  1. Air Zamzam ( yang paling baik )
  2. Air jernih biasa yang telah dibacakan surah Yaasin oleh 40 orang atau lebih
  3. Air dari kolah di Masjid yang digunakan untuk berwudhu'
  4. Air hujan malam Jumaat yang ditadah terus dari langit
  5. Air Mineral semulajadi ( mineral water )
  6. Air R.0 (Reverse Osmosis)
  7. Lain-lain air mutlak yang jernih serta suci.
( Dipetik dari muka surat 45, Buku IKHTIAR PENYEMBUHAN PENYAKIT DENGAN AYAT-AYAT DAN DOA-DOA MUSTAJAB, Tuan Guru Dato' Dr.Harun Din )

Khamis, 21 April 2011

PEMBATALAN KEGIATAN MENGGURIS PADA 22.4.2011

DI MAKLUMKAN KEPADA AHLI-AHLI DSR, BAHAWA ATAS SEBAB-SEBAB YANG TIDAK DAPAT DI ELAKKAN, PANGGILAN BAGI 'MENGGURIS' DI UNIVERISITI BRUNEI DARUSSALAM (UBD) YANG SEPATUTNYA AKAN DI ADAKAN PADA HARI JUMAAT, 22hb APRIL 2011 SEPERTIMANA YANG PERNAH DI PAPARKAN DI BLOG INI DENGAN INI ADALAH DI BATALKAN.

@ ADMIN DSR

MAKLUMAN KEPADA PESERTA KURSUS PENGAMBILAN KE-TIGA

Sukacita menarik perhatian semua Peserta Kursus Pengambilan Ke-Tiga bahawa sesi kelas seterusnya pada minggu ini akan di adakan pada tarikh dan masa seperti berikut :

23hb April 2011 ( Sabtu Malam Ahad )
Jam : 6.00 petang

24hb April 2011 ( Ahad )
Jam : 8.00 - 11.30 pagi

Kehadiran semua peserta kursus adalah di mestikan. Sekian harap maklum.

@ Admin DSR

SESI RAWATAN DI RUMAH DSR (22 April-24 April 2011)

Dengan hormat sukacita di maklumkan kepada ahli-ahli DSR serta orang ramai bahawa Sesi Rawatan di Rumah Darusysyifa’ Warrafahah Jalan Madang akan di adakan pada tarikh-tarikh dan masa seperti berikut :

Jumaat , 22hb April 2011
Jam 9.00 malam
Sabtu, 23hb April 2011
 Jam 9.00 pagi -11.00 pagi  dan ;
  9.00 malam
Ahad, 24hb April 2011
Jam 9.00 pagi – 11.00 pagi
Sehubungan dengan itu, kepada orang ramai yang berhasrat untuk mendapatkan khidmat rawatan, abiskita bolehlah hadir pada tarikh dan masa yang di nyatakan di atas. Sekian harap maklum.

@Admin DSR

ZIKIR MINGGUAN & SEMBAHYANG BERJEMAAH DI RUMAH DSR

MAJLIS ZIKIR  & SEMBAHYANG BERJEMAAH DI RUMAH DSR

Dengan hormat  sukacita menjemput kehadiran ahli-ahli DSR ke majlis zikir dan  Sembahyang Maghrib dan Isya berjemaah di Rumah DSR Jln Madang pada petang hari Jumaat, 22hb April 2011 dan pada hari Sabtu, 23hb April 2011.

Kehadiran abiskita di kedua-dua malam tersebut adalah sangat-sangat di harapkan, sekian harap maklum.

@Admin DSR

Ahad, 17 April 2011

BIODATA TUAN GURU DATO' DR HARUN DIN

Sebagaimana yang diketahui, Darussyifa' telah diasaskan oleh Yang Berbahagia Tuan Guru Dato' Dr. Haron Din. Beliau merupakan orang yang bertanggungjawab memperkenalkan cara rawatan Islam kepada masyarakat umum di Malaysia. Sebagai anak murid, maka eloklah kita mengetahui latar belakang Tuan Guru semoga dengan itu lebihlah lagi kita sayang dan hormat kepadanya.

Tuan Guru Dato' Dr. Haron bin Din dilahirkan pada hari Ahad, 18 Ogos 1940 bersamaan 14 Rajab 1359 (Tarikh Hijrah ini mengikut kiraan Komputer) di Bohor Mali, Kangar, Perlis. Berkahwin dengan seorang Isteri dan dianugerahkan Allah dua orang anak lelaki dan tiga perempuan. Beliau dibesarkan dikalangan keluarga yang kuat mengamalkan ajaran agama Islam. Ibu bapa beliau adalah guru al-Quran yang mengajar bacaan al-Quran kepada masyarakat setempat. Beliau adalah anak yang ketiga daripada 10 orang adik beradik.Mempunyai seorang abang dan kakak dan seorang adik lelaki menakala enam adik perempuan.Dua orang saudara lelaki beliau juga tokoh agama terkenal iaitu abang beliau Ustaz Ishak bin Din dan adik beliau Ustaz Abu Hassan bin Din. Ayahanda beliau dikenali sebagai sebagai Lebai Din, yang juga seorang perawat yang mengamalkan rawatan pengubatan Islam.

Lebai Din juga seorang guru silat yang mengamalkan Silat Gayung Petani, bagaimanapun ilmu silat ini tidak langsung diturunkan kepada anak-anaknya. Berkenaan ilmu pengubatan Islam, Lebai Din hanya menurunkan ilmunya kepada seorang anaknya sahaja iaitu kepada Ustaz Haron Din. Lebai Din hanya mengijazahkan ilmunya dan memberi buku catatan pengubatan kepada Ustaz Haron Din sahaja.
Ustaz Haron Din menerima pendidikan awal di tangan ayah dan ibunya sendiri. Kemudian dimasukkan ke Madrasah al-Islahiah al-Wataniah Bohor Mali. Seterusnya ke Madrasah al-‘Alawiyah al-Diniah dan al-Kuliah al-Islamiah, Kelang Selangor. Kemudian melanjutkan pelajaran di Kolej Islam Malaya (1962-1965). Di kolej ini beliau memperolehi Sijil Tertinggi Kolej dengan cermerlang kemudian telah memenangi hadiah Biasiswa Persekutuan untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat “Master Degree” di Universiti Al-Azhar, Cairo (1966-1968). Dalam masa tidak sampai dua tahun beliau telah berjaya memperolehi dua degree serentak iaitu M.A (Ijazah Sarjana) Syariah daripada Universiti Al-Azhar dan Diploma Pendidikan dari ‘Ain Shams, Universiti Cairo.
Setelah memperolehi Ijazah Sarjana Syariah, beliau kembali ke tanah air dan berkhidmat sebagai guru agama di Kementerian Pelajaran. Beberapa tahun kemudian beliau kembali semula ke Mesir untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang Doktor Falsafah. Beliau memperolehi Ph.D Syariah dengan cermerlang daripada Universiti Darul-Ulum Qahirah (1972-1974).
Pulang ke tanah air dan berkhidmat sebagai pensyarah di Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Akademik adalah bidang kerjayanya. Kekeluargaan Islam adalah jurusannya. Sebagai satu pengiktirafan terhadap kecemerlangan akademiknya, UKM menganugerahkan pangkat “Profesor” kepadanya sejak tahun 1986.
LATAR BELAKANG TUAN GURU DATO' DR. HARON DIN DALAM BIDANG PENGUBATAN ISLAM
Ayahanda Ustaz Haron Din berasal dari Patani dan menetap di Kampung Bohor Mali Perlis. Dia merupakan seorang perawat yang melibatkan diri dalam dunia perubatan dengan menggunakan ayat-ayat suci al-Qur'an, hadith dan doa-doa. Daripada 10 orang adik beradik, hanya Ustaz Haron Din yang menunjukkan minat dalam bidang rawatan Islam ini, menyebabkan ayahandanya sering membawanya ketika merawat.
Pengalaman yang dilalui oleh orang tuanya ketika merawat sama ada di rumah atau dijemput merawat pesakit secara tidak langsung melibatkan diri Ustaz Haron Din dalam dunia perubatan walaupun umumya ketika itu masih terlalu muda lagi. Ayahanda beliau merupakan perawat yang disegani di kampung juga di kawasan sekitarnya. Sebagai tanda hormat, orang kampung mengelarnya Lebai Din.
Ustaz Haron Din amat mengkagumi kejayaan ayahnya merawat orang gila, dirasuk dan juga penyakit kronik yang lain. Kekaguman melihat kejayaan ayahnya telah melahirkan keinginan beliau untuk mengikuti jejak langkahnya. Setelah meningkat dewasa beliau memujuk ayahnya supaya menurunkan ilmu yang dimilikinya. Ketika itu umur beliau baru dalam lingkungan belasan tahun dan masih menuntut di Sekolah Arab Alawiyah. Walaupun beliau sering rnengikut bapanya merawat pesakit tetapi ayahnya tidak begitu mudah menurunkan ilmu yang dimilikinya. Ayahnya berpesan agar beliau mendalami ilmu agama terlebih dahulu. Belaiu hanya diajar ilmu perubatan ketika berada pada akhir pengajlan sekolah menengah. Ilmu yang diajar hanyalah asas pengubatan sahaja.
Sebagai seorang murid, Ustaz Haron Din yakin tentang dirinya walaupun menyedari bahawa untuk mempelajari ilmu seumpama itu bukanlah mudah. Belaiu juga berkeyakinan bahawa beliau dapat memberi khidmat pertolongan dengan baik kepada mereka yang memerlukan. Oleh sebab itu, di samping belajar daripada ayahnya, beliau berazam untuk terus mempelajari ilmu yang berkaitan dengannya. Selain bapanya, ahli keluarga beliau yang lain juga mahir dalam bidang perubatan Islam. Antaranya ialah bapa saudara beliau sendiri iaitu Ustaz Said bin Ali.
Keluarga Ustaz Haron Din memiliki banyak khazanah ilmu perubatan. Kunjung mengunjung antara keluarga di Perlis dan Patani terus berlaku dan mereka sering berbincang tentang kaedah dan petua perubatan. Beliau selalu mendampingi ayahnya dan secara tidak langsung ia memberi pendedahan kepada beliau tentang ilmu perubatan.
Ketika belajar di Mesir, Ustaz Haron Din tertarik dengan kaedah rawatan yang diguna oleh Dr. Kamal yang dikenali sebagai hypnotism. Setelah kembali ke tanah air beliau berpeluang belajar dengan seorang perawat dari Sarawak iaitu Tuan Haji Mursidi. Kaedah Haji Mursidi hampir sama dengan kaedah yang dimiliki oleh Dr. Kamal.
Selain belajar melalui kitab dan pengalaman, Ustaz Haron Din juga mendalami ilmunya daripada 'alim ulama yang menggunakan kaedah rawatan Islam. Di antaranya ialah al-marhum Dr. al-Sheikh Muhammad Idris al-Marbawi seorang ulama' dari Malaysia yang menetap di Mesir. Pemergian Ustaz Haron Din kali kedua ke Mesir untuk mendapat ljazah Doktor Falsafah (1971-74) telah memberi peluang kepadanya untuk berdampingan dengan Dr. al-Sheikh Muhammad Idris al-Marbawi. Antara doa yang dipelajari ialah doa penerang hati. Latar belakang doa ini ada kaitan dengan sunnah Rasulullah s.a.w.. Selain itu beliau juga berguru dengan al-Syeikh Muhammad Bayumi, seorang yang 'alim dan sering berada dan mengajar di Masjid al-Azhar.
Ketika di Mesir pada awal 70-an, Ustaz Haron Din sempat berkenalan dengan Bapak Mokhtar Lintang. Pak Mokhtar adalah perawat yang menggunakan kaedah Islam. Kesempatan tersebut telah diguna oleh beliau untuk menimba ilmu perubatan seberapa banyak yang boleh .
Sekembalinya ke Malaysia, ketika tinggal di Taman Bangi Kajang, Ustaz Haron Din dikunjungi oleh seorang lelaki yang dikenali sebagai Pak Leh. Beliau mengaku sebagal seorang perawat yang terkenal di Langkawi. Beliau telah mengajar beberapa kaedah rawatan kepada Ustaz Haron Din. Antaranya ilmu berkaitan dengan penyakit barah, ketumbuhan, kayap, demam panas, penyakit kulit dan sebagainya. Beliau telah tinggal bersama dengan Ustaz Haron Din beberapa ketika.
Perlis tempat kelahiran Ustaz Haron Din sememangnya mempunyai ramai orang yang arif tentang ilmu perubatan. Terdapat seorang perawat bemama Tok Omar yang banyak menggunakan bahan-bahan dari tumbuh-tumbuhan di samping ayat-ayat al-Qur'an. Ustaz Haron Din telah berkesempatan mempelajari ilmu yang berkaitan dengan tumbuh-tumbuhan daripada beliau. Selain itu Ustaz Haron Din juga berpeluang belajar dengan Tahir Abdullah. Beliau yang digelar dengan nama Tok Lang Kiang dintaranya telah mengajar Ustaz Haron Din cara mengeluarkan sampah dari mata.
Perawat-perawat lain yang pernah mengajar Ustaz Haron Din alah Pak Andak Noh dan Haji Husin atau dikenali sebagai Tuk Chin. Pak Andak Noh telah menurunkan ilmu mengeluarkan benda tajam dari badan manusia seperti besi, serpihan kaca, terkena racun dan sebagainya. Ilmu yang diamalkan oleh Tuk Chin pula adalah ilmu yang dinamakan Laduni iaitu ilmu yang dianugerahkan oleh Allah SWT khusus kepada orang yang tertentu.
Perubatan Islam adalah berdasarkan syariat. Ilmu ini mempunyai dua cabang iaitu fizikal dan spritual. Penekanan yang menjadi keutamaan Ustaz Haron Din ialah rawatan dengan menggunakan doa-doa yang berdasarkan al-Qur'an, hadith Rasulullah s.a.w. dan doa-doa' lain yang jelas maknanya yang tidak bercanggah dengan syariat Islam.
Sungguhpun telah lama berkecimpung dalam bidang perubatan Islam, namun Ustaz Haron Din masih lagi mencari ilmu baru dalam merawat pesakit. Beliau sentiasa bertanya mereka yang arif dalam bidang ini di samping membaca pelbagai buku untuk menambahkan pengetahuan. Tidak semua kaedah yang dipelajari itu dipratikkan, hanya yang bertepatan dengan syariat sahaja akan diamalkan.
RINGKASAN BIODATA TUAN GURU DATO' DR. HARON DIN
Pendidikan
• Madrasah al-Islahiah al-Wataniah, Bohor Mali
• Madrasah al-‘Alawiyah al-Diniah dan al-Kuliah al-Islamiah, Kelang Selangor
• Sijil Tertinggi Kolej - Kolej Islam Malaya (1962-1965)
• Ijazah Sarjana (M.A.) Syariah - University Al-Azhar (1966-1968)
• Diploma Pendidikan - ‘Ain Shams, Universiti Cairo (1966-1968)
• Ph.D Syariah - Universiti Darul - Ulum Qahirah (1972-1974)
Kerjaya
• Pensyarah di Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (1975 – 1976)
• Timbalan Dekan, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (1977-1985)
• Profesor di UKM sejak tahun 1986 hingga bersara
• Ahli Majlis Penasihat Syariah, CIMB
• Ahli Majlis Penasihat, Bank Negara Malaysia
• Majlis Penasihat Syariah, Suruhanjaya Sekuriti
• Ahli Majlis Fatwa Negeri Selangor
• Timbalan Pengerusi Majlis Penasihat Syariah, Bank Pembangunan
• Pengerusi Majlis Penasihat Syariah, RHB Bank
• Timbalan Pengerusi Majlis Penasihat Syariah, Public Bank Bhd
• Ahli Majlis Fatwa Negeri Perlis
• Ahli Majlis Penasihat Syariah, Muamalah Financial Consulting

TAKLIMAT PENUBUHAN KOPERASI DSR

Dengan tujuan bagi membantu meningkatkan sosio ekonomi ahli-ahlinya, Persatuan Perubatan Islam dan Kebajikan, Darusysyifa’ Warrafahah  (DSR) hari ini, Ahad 17hb April 2011 telah mengadakan majlis taklimat / penerangan berhubung dengan tatacara penubuhan koperasi bertempat di Rumah Darusysyifa’ Warrafahah, di Jalan Madang.
Taklimat telah di hadiri oleh lebih 20 orang Ahli Jawatankuasa Pengasas (Protem Committee) bakal koperasi Darusysyifa’ Warrafahah yang di ketuai  sendiri oleh Yang Di Pertua DSR, Yang Mulia, Dato Paduka Ahmad Bukhari  bin PSRK Hj Abu Hanifah.
Taklimat telah di sampaikan oleh beberapa orang Pegawai kanan dari Bahagian Kemajuan Koperasi, Badan Kemajuan Industri Brunei (BINA) yang di ketuai oleh Awg Masri bin Hj Durahim yangmana antara lain menyentuh mengenai dengan pengertian koperasi, prinsip  dan  Akta Koperasi di samping tatacara penubuhan koperasi. Turut hadir di sesi taklimat tersebut ialah Penasihat Darusysyifa’ Warrafahah, Pg Hj Mohd Zin bin Pg Damit serta Timbalan Yang Di Pertua, Pg Dr Hjh Rahmah binti Pg Hj Jadid.