zikrullah n doa

Rabu, 6 April 2011

KEGIATAN MINGGUAN DSR

MAKLUMAN

Sepertimana lazimnya, Darusysyifa' Warrafahah akan mengadakan aktiviti mingguan ( sembahyang berjemaah maghrib & Isya serta zikir ) selama dua malam berturut-turut iaitu pada hari Sabtu (9hb April 2011) dan hari Ahad (10hb April 2011) bertempat di Rumah DSR di Jalan Madang.

Untuk pengetahuan bersama, pada hari Ahad, 10hb April 2011 tersebut, Tuan Guru, Prof. Dato' Dr Harun Din akan turut menyampaikan ceramahnya. Sehubungan dengan itu, semua ahli-ahli DSR adalah di jemput untuk hadir bagi mengeratkan lagi tali silaturrahim serta perpaduan kekeluargaan di kalangan ahli-ahli.

Sesi rawatan hanya akan di adakan pada hari Sabtu ( malam minggu ), 9hb April 2011. Sekian Harap Maklum.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan