zikrullah n doa

Selasa, 5 April 2011

TAKLIMAT PENDAFTARAN BAGI KURSUS PENGAMBILAN KETIGA DSR

MAKLUMAT PENTING

Dengan hormat sukacita di maklumkan kepada orang ramai yang telahpun mengambil borang keahlian DSR dan berminat untuk mengikuti kursus bagi pengambilan ketiga DSR pada tahun ini bahawa satu majlis taklimat khusus bagi perkara tersebut akan di adakan pada tarikh, tempat dan masa seperti berikut :

Hari Jumaat, 8hb April 2011
Surau Darul Ifta', Tingkat 3, Bangunan Jabatan Mufti Kerajaan
Jam 2.00 petang

Sehubungan dengan itu, kepada mereka-mereka yang benar-benar berminat untuk mengikuti kursus perubatan Islam ini adalah DI MESTIKAN untuk hadir pada hari tersebut dengan membawa bersama mereka yuran kursus sebanyak $500 yang membolehkan mereka menerima sebuah beg serta buku-buku yang akan di gunakan di sepanjang kursus ini di jalankan nanti.

Sementara itu, bagi orang ramai yang benar-benar ingin menjadi ahli serta turut serta di dalam kursus itu nanti akan tetapi belum berpeluang untuk di temuduga, abiskita juga adalah di jemput untuk hadir pada sesi taklimat itu nanti dengan membawa perkara-perkara berikut :
  • 2 keping gambar ukuran passport
  • Salinan Kad Pengenalan
  • Yuran pendaftaran sebanyak $20
  • Yuran keahlian tahunan sebanyak $30
  • Yuran kursus sebanyak $500
Untuk makluman bersama, kursus bagi pengambilan ketiga DSR ini akan bermula pada hari Sabtu, 9hb April 2011 selepas menunaikan sembahyang fardhu Maghrib dan Isya berjemaah di tempat yang sama. Sekian harap maklum.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan