Rabu, 19 September 2012

MAKLUMAN RESMI DSR KEPADA ORANG RAMAI

PER : PENYEBARAN BERITA PALSU TENTANG KEGIATAN MENGHALAU JIN DI BANGUNAN MTSSR OLEH DSR

MAKLUMAN RESMI INI ADALAH BAGI MENAFIKAN KHABAR-KHABAR ANGIN YANG DI SEBARKAN MELALUI SMS ATAUPUN WHATSAPP OLEH PIHAK YANG TIDAK BERTANGGUNG JAWAB KONONNYA PIHAK DSR ADA MENGELUARKAN MAKLUMAN YANG MELARANG ORANG RAMAI DARI KELUAR RUMAH BERMULA DARI WAKTU MAGHRIB MALAM JUMAAT DI SEBABKAN PIHAK DSR AKAN MENGHALAU JIN DI MTSSR. SEKALI LAGI INGIN DI MAKLUMKAN DI SINI BAHAWA BERITA TERSEBUT ADALAH SAMA SEKALI TIDAK BENAR DAN PIHAK DSR TIDAK PERNAH MENGELUARKAN MAKLUMAN TERSEBUT.

SEHUBUNGAN DENGAN ITU, JAWATANKUASA TADBIR DSR SEKALI LAGI MEMPERINGATKAN KEPADA PIHAK-PIHAK YANG BERTANGGUNGJAWAB MENYEBARKAN MAKLUMAT PALSU TERSEBUT SUPAYA MENGHENTIKKAN PERBUATANNYA. DSR TIDAK AKAN TERAGAK-AGAK UNTUK MENGAMBIL TINDAKAN UNDANG-UNDANG KEPADA PIHAK-PIHAK YANG BERKENAAN KERANA MENYEBARKAN BERITA YANG TIDAK BENAR DAN BERBAUR FITNAH TERHADAP DSR HINGGA MENIMBULKAN HURU HARA DAN PERASAAN CEMAS DI KALANGAN ORANG AWAM.
 
ORANG RAMAI ADALAH TIDAK PERLU MERASA CEMAS DENGAN PENYEBARAN BERITA PALSU TERSEBUT YANG SEMATA-MATA DI BUAT OLEH PIHAK-PIHAK YANG TIDAK BERTANGGUNGJAWAB DAN INGIN MENDAPATKAN PERHATIAN.  SEKIAN HARAP MAKLUM. 

ADMIN
b.p AJK TADBIR DSR

PAMIRAN DSR / MAJLIS ILMU 2012 ( PART 2 )


Isnin, 17 September 2012

PAMERAN DSR / MAJLIS ILMU 2012 [PART.1]

Sudut Pamiran Darusysyifa' Warrafahah
Sebahagian dari AJK DSR yang bertugas
Lagi sebahagian dari AJK DSR yang terlibat
Jantang Merah, bahan pamiran yang
menarik minat ramai pengunjung
Isi Jantang Merah yang mempunyai khasiat menyembuh
penyakit barah, darah tinggi dan sebagainya
Bentuk akar Ambuk Sagubang, penawar racun.
Ambuk Sagubang, satu lagi tumbuhan herba yang
turut di pamirkan.
Keberangkatan tiba KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan
ke pamiran DSR, di junjung oleh Pengurus DSR, Tuan Hj Sufian
Di sembah perkenalkan kepada AJK DSR.
Di sembah perkenalkan kepada Mudowi dan Musaid DSR
KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan serta kerabat Di Raja di junjung
bagi menyaksikan pamiran oleh Ustaz Hj Anwari Hj Rawee
Turut berangkat ialah DYTM Paduka Seri Duli Pengiran Muda
Haji Al Muhtadee Billah.
Cara penyediaan bekam resdung juga turut di pertomtonkan
kepada pengunjung.
Demonstrasi rawatan penyakit resdung
juga di adakan. 

Selasa, 11 September 2012

JADUAL KEGIATAN-KEGIATAN MINGGUAN DSR

MAKLUMAN

DI BAWAH INI ADALAH TARIKH-TARIKH KEGIATAN MINGGUAN UNTUK MAKLUMAN DAN TINDAKAN AHLI-AHLI DSR SERTA ORANG RAMAI ;

(1) TARIKH : HARI JUMAAT, 14/9/2012
PERKARA : MALAM ZIKIR DAN TAZKIRAH
[ KHUSUS BAGI MUDOWI & MUSAID DSR ]
JAM : 6.00 pm - 11.00 pm

(2) TARIKH : HARI SABTU, 15/9/2012
PERKARA : SESI RAWATAN
[ TERBUKA KEPADA ORANG RAMAI ]
JAM : 9.00 am - 11.00 am

 (3) TARIKH : HARI SABTU, 15/9/2012
PERKARA : MAJLIS ZIKIR DAN SESI RAWATAN
[ TERBUKA KEPADA ORANG RAMAI ]
JAM : 6.00 pm - 11.00 pm

 (4) TARIKH : HARI AHAD, 16/9/2012
PERKARA : SESI TAZKIRAH
[ KHUSUS BAGI MUDOWI & MUSAID DSR ]
JAM : 9.00 am - 11.00 am


SEHUBUNGAN DENGAN ITU, DI POHONKAN KERJASAMA SEMUA AHLI-AHLI, KHUSUSNYA PARA MUDOWWI DAN MUSAID AGAR DAPAT HADIR PADA TARIKH-TARIKH YANG DI NYATAKAN DI ATAS.

SEKIAN HARAP MAKLUM.

ADMIN