zikrullah n doa

Ahad, 29 April 2012

PERUBAHAN JADUAL MALAM-MALAM RAWATAN DI DARUSYSYIFA’ WARRAFAHAH

DENGAN HORMAT, JAWATANKUASA TADBIR DARUSYSYIFA’ WARRAFAHAH SUKACITA MEMAKLUMKAN KEPADA ORANG RAMAI BAHAWA BERMULA PADA 1hb MEI 2012 INI, JADUAL MALAM-MALAM RAWATAN DI DARUSYSYIFA’ WARRAFAHAH AKAN DI TUKAR KEPADA JADUAL BERIKUT :

         MALAM-MALAM RAWATAN
      SETIAP HARI SELASA ( MALAM RABU )
     dan
   HARI SABTU ( MALAM AHAD )

     JAM RAWATAN : 9.00 MALAM - 11.00 MALAM

SEMENTARA ITU, SETIAP HARI KHAMIS ( MALAM JUMAAT ) AKAN DI JADIKAN SEBAGAI MALAM MAJLIS TAZKIRAH ( MALAM MUZAKARAH DAN MAJLI ILMU ) KHUSUS BAGI AHLI-AHLI DARUSYSYIFA’ WARRAFAHAH SAHAJA. [TIADA SESI RAWATAN DIADAKAN PADA MALAM TERSEBUT]

SEKIAN YANG DAPAT DI SAMPAIKAN UNTUK MAKLUMAN DAN PERHATIAN ORANG RAMAI. HARAP MAKLUM.

Ahad, 22 April 2012

BENGKEL PERKHIDMATAN DARUSYSYIFA' WARRAFAHAH DI KOLEJ UNIVERSITI PERGURUAN UGAMA SERI BEGAWAN [ 21.4.2012 ]

Buat julung kalinya, Darusysyifa’ Warrafahah telah mengadakan taklimat Bengkel Perkhidmatan Darusysyifa’ Warrafahah, salah satu usaha persatuan tersebut untuk memperkenalkan dan mempromosikan Darusysyifa’ Warrafahah (DSR) kepada masyarakat umum khususnya di kalangan penuntut-penuntut institusi pendidikan tinggi di Negara ini.

Baru-baru ini telah di adakan sesi taklimat tersebut di Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPUSB) di Jalan Tutong, anjuran Kumpulan 6, penuntut tahun akhir, program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Ugama Syariah. Ianya turut di hadiri oleh pesnyarah pensyarah kanan serta graduan-graduan tahun akhir program tersebut.
Di antara tetamu-tetamu khas serta graduan-graduan tahun akhir yang hadir

Taklimat telah disampaikan oleh Yang Mulia, Ustaz Ali Hassan bin Mohd Said, Ketua Unit Penerbitan dan Perhubungan Awam, Darusysyifa’ Warrafahah. Antaralain perkara yang di sampaikan oleh beliau pada hari tersebut ialah berhubung dengan sejarah, objektif penubuhan DSR serta perkhidmatan-perkhidmatan yang di berikan oleh pihak DSR kepada masyarakat. Turut di sentuh ialah statistik keramaian pesakit yang mendapatkan rawatan di rumah DSR serta kelebihan menjadi ahli DSR. Di samping itu, para graduan juga di dedahkan dengan fakta penggunaan air sebagai salah satu bahan yang di zikirkan dalam kaedah perubatan Islam.
Diantara graduan-graduan yang mengemukakan soalan pada hari tersebut

Pihak DSR juga turut mengadakan jualan produk-produknya khusus bagi para graduan yang hadir pada sesi taklimat tersebut yangmana mendapat sambutan yang begitu menggalakkan.
Antara produk-produk DSR yang turut di bawa pada sesi taklimat hari tersebut
Tuan Hj Hassan memperkenalkan salah satu produk DSR yang mempunyai banyak khasiat
Pengurus DSR, Tuan Hj Sofian menjelaskan tentang Air Zikir/Doa DSR
Ustaz Hj Ali Hasan menerima cenderahati dari pihak KUPUSB
Buah tangan "Air Doa/Zikir DSR di agih-agihkan kepada semua tetamu yang hadir
Jualan produk-produk DSR mendapat sambutan yang amat menggalakkan
dari warga KUPUSB
Salah seorang dari "Orang Kuat Kumpulan 6" yang banyak meyumbangkan
tenaga dan buah fikiran sehingga berjayanya projek ini di laksanakan.... Mabruk!!
Bergambar ramai dengan Kumpulan 6 yang terdiri dari penuntut tahun akhir
Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Ugama Syariah
Dalam pada itu, turut di maklumkan yang permohonan bagi mengikuti kursus asas perubatan Islam pengambilan ke-4 DSR kini masih lagi di bukakan kepada orang ramai yang berminat dimana tarikh akhir bagi mengembalikan borang-borang tersebut kini telah di lanjutkan kepada satu tarikh yang akan di maklumkan kemudian. Sementara itu, bermula pada 1hb Mei 2012 ini, malam-malam rawatan di Darusysyifa’ Warrafahah akan di tukar kepada setiap hari Selasa ( malam Rabu ) dan hari Sabtu ( malam Minggu ), manakala setiap malam Jumaat hanya akan di khususkan bagi sesi tazkirah dan juga majlis Ilmu bagi ahli-ahli DSR.

MERAWAT SEKOLAH RENDAH TUMPUAN TELISAI [20/4/2012]

  

Rabu, 18 April 2012

MERAWAT SEKOLAH RENDAH TUMPUAN TELISAI TUTONG

KEPADA : AHLI-AHLI DSR [ KHUSUSNYA DI DAERAH BELAIT DAN TUTONG ]

PIHAK DARUSYSYIFA' WARRAFAHAH TELAH DI JEMPUT  OLEH PIHAK SEKOLAH RENDAH TUMPUAN TELISAI, TUTONG UNTUK MEMBUAT RAWATAN KEATAS BANGUNAN SEKOLAH MEREKA PADA :


TARIKH    :   20hb APRIL 2012 (HARI JUMAAT)
JAM         :   6.00 PETANG
ALAMAT : SEKOLAH RENDAH TUMPUAN TELISAI, KG. TELISAI TUTONG.
 
KEHADIRAN SEMUA ADALAH SANGAT-SANGAT DI HARAPKAN DEMI MELICINKAN LAGI URUSAN TERSEBUT NANTI.


SEKIAN HARAP MAKLUM
ADMIN

RAWATAN ULANGAN SEKOLAH UGAMA ARAB MENENGAH PEREMPUAN RAJA ISTERI PG ANAK DAMIT


KEPADA : AHLI-AHLI DAN MUSAID DSR

PIHAK DARUSYSYIFA' WARRAFAHAH TELAH DI JEMPUT SEKALI LAGI OLEH PIHAK SEKOLAH UGAMA ARAB MENENGAH PEREMPUAN RAJA ISTERI PG ANAK DAMIT UNTUK MEMBUAT RAWATAN ULANGAN BAGI BANGUNAN SEKOLAH MEREKA PADA :

TARIKH   : 20hb APRIL 2012 (HARI JUMAAT)
JAM        : 6.00 PETANG
ALAMAT : SEKOLAH UGAMA ARAB MENENGAH PEREMPUAN RAJA ISTERI PG ANAK DAMIT, BATU 1, JALAN TUTONG.

KEHADIRAN SEMUA ADALAH SANGAT-SANGAT DI HARAPKAN DEMI MELICINKAN LAGI URUSAN TERSEBUT NANTI.


SEKIAN HARAP MAKLUM
ADMIN