zikrullah n doa

Ahad, 22 April 2012

BENGKEL PERKHIDMATAN DARUSYSYIFA' WARRAFAHAH DI KOLEJ UNIVERSITI PERGURUAN UGAMA SERI BEGAWAN [ 21.4.2012 ]

Buat julung kalinya, Darusysyifa’ Warrafahah telah mengadakan taklimat Bengkel Perkhidmatan Darusysyifa’ Warrafahah, salah satu usaha persatuan tersebut untuk memperkenalkan dan mempromosikan Darusysyifa’ Warrafahah (DSR) kepada masyarakat umum khususnya di kalangan penuntut-penuntut institusi pendidikan tinggi di Negara ini.

Baru-baru ini telah di adakan sesi taklimat tersebut di Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPUSB) di Jalan Tutong, anjuran Kumpulan 6, penuntut tahun akhir, program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Ugama Syariah. Ianya turut di hadiri oleh pesnyarah pensyarah kanan serta graduan-graduan tahun akhir program tersebut.
Di antara tetamu-tetamu khas serta graduan-graduan tahun akhir yang hadir

Taklimat telah disampaikan oleh Yang Mulia, Ustaz Ali Hassan bin Mohd Said, Ketua Unit Penerbitan dan Perhubungan Awam, Darusysyifa’ Warrafahah. Antaralain perkara yang di sampaikan oleh beliau pada hari tersebut ialah berhubung dengan sejarah, objektif penubuhan DSR serta perkhidmatan-perkhidmatan yang di berikan oleh pihak DSR kepada masyarakat. Turut di sentuh ialah statistik keramaian pesakit yang mendapatkan rawatan di rumah DSR serta kelebihan menjadi ahli DSR. Di samping itu, para graduan juga di dedahkan dengan fakta penggunaan air sebagai salah satu bahan yang di zikirkan dalam kaedah perubatan Islam.
Diantara graduan-graduan yang mengemukakan soalan pada hari tersebut

Pihak DSR juga turut mengadakan jualan produk-produknya khusus bagi para graduan yang hadir pada sesi taklimat tersebut yangmana mendapat sambutan yang begitu menggalakkan.
Antara produk-produk DSR yang turut di bawa pada sesi taklimat hari tersebut
Tuan Hj Hassan memperkenalkan salah satu produk DSR yang mempunyai banyak khasiat
Pengurus DSR, Tuan Hj Sofian menjelaskan tentang Air Zikir/Doa DSR
Ustaz Hj Ali Hasan menerima cenderahati dari pihak KUPUSB
Buah tangan "Air Doa/Zikir DSR di agih-agihkan kepada semua tetamu yang hadir
Jualan produk-produk DSR mendapat sambutan yang amat menggalakkan
dari warga KUPUSB
Salah seorang dari "Orang Kuat Kumpulan 6" yang banyak meyumbangkan
tenaga dan buah fikiran sehingga berjayanya projek ini di laksanakan.... Mabruk!!
Bergambar ramai dengan Kumpulan 6 yang terdiri dari penuntut tahun akhir
Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Ugama Syariah
Dalam pada itu, turut di maklumkan yang permohonan bagi mengikuti kursus asas perubatan Islam pengambilan ke-4 DSR kini masih lagi di bukakan kepada orang ramai yang berminat dimana tarikh akhir bagi mengembalikan borang-borang tersebut kini telah di lanjutkan kepada satu tarikh yang akan di maklumkan kemudian. Sementara itu, bermula pada 1hb Mei 2012 ini, malam-malam rawatan di Darusysyifa’ Warrafahah akan di tukar kepada setiap hari Selasa ( malam Rabu ) dan hari Sabtu ( malam Minggu ), manakala setiap malam Jumaat hanya akan di khususkan bagi sesi tazkirah dan juga majlis Ilmu bagi ahli-ahli DSR.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan