zikrullah n doa

Rabu, 30 Mac 2011

MAJLIS ZIKIR DAN SESI RAWATAN DSR

MAKLUMAN

Alhamdulillah, sukacita di maklumkan kepada orang ramai bahawa sesi rawatan Darusysyifa' Warrafahah akan di adakan pada tarikh tempat dan masa seperti berikut :

Tempat : Rumah Darusysyifa' Warrafahah, Jln Madang.
Tarikh : 1 & 2hb April 2011 ( Hari Jumaat dan Sabtu )
Masa : Jumaat, 1hb April 2011 bermula jam 9 malam
           Sabtu, 2hb April 2011 ( pagi ) dari jam 9 pagi-11 pagi
           (malam) bermula jam 9 malam


Di samping itu, sukacita juga menjemput ahli-ahli DSR untuk sama-sama hadir untuk bersembahyang berjemaah Maghrib dan Isya' serta berzikir di malam-malam yang di sebutkan di atas. Kehadiran abiskita adalah sangat-sangat di harapkan. Untuk makluman bersama, Ustaz Hj Rashid dari Darussyifa Bangi, Malaysia di jangka akan turut hadir sama di majlis itu nanti.

Sekian harap maklum.

MAJLIS KESYUKURAN BAGI KEPULANGAN TUAN GURU SERTA ROMBONGAN DARI MENGERJAKAN IBADAH UMRAH

29hb Mac 2011, bertempat di Rumah Darusysyifa' Warrafahah Jalan Madang, telah berlangsung majlis kesyukuran dan doa selamat bagi kepulangan rombongan umrah yang di ketuai oleh Tuan Guru, Dato' Dr Ustaz Harun Din serta beberapa orang ahli DSR. Mengalu-alukan ketibaan rombongan ialah Yang Di Pertua DSR, Dato Paduka Ahmad Bukhari serta beberapa orang AJK serta ahli-ahli DSR yang lain, turut hadir Tuan Yang Terutama, Pg Dato Paduka Hj Jaberudin, Duta Besar kita ke Arab Saudi.


















Sabtu, 26 Mac 2011

DOA PENDINDING DAN PENGGERAK

PAMERAN DSR DI EXPO JUALAN PAMERAN PELANCONGAN ISLAM BRUNEI

Pameran Darusysyifa' Warrafahah masih lagi berlangsung di Expo Jualan sempena Pameran Pelancongan Islam Brunei 2011 di Darul Ifta' Jabatan Mufti Kerajaan di Jalan Babu Raja. Pameran tersebut akan berakhir pada 5hb April 2011. Orang ramai adalah di alu-alukan untuk mengunjungi pameran tersebut, di antara produk DSR yang ada di pamerkan / di jual di booth pameran berkenaan ialah Madu DSR, Serbuk Habbatus Saudah DSR, Majun DSR, Kismis DSR, Minyak Gosok DSR, Air Zikir DSR, buku-buku karangan Tuan Guru Dato' Dr. Ustaz Harun Din dan lain-lain lagi.


Antara tumbuhan-tumbuhan herba yang di pamerkan di booth pameran DSR

Antara  buku-buku karangan Tuan Guru yang turut di jual di pameran berkenaan


Penjualan setiap produk turut disertakan dengan penerangan  berhubung dengan khasiat dan cara penggunaan .

Borang keahlian DSR juga turut di jual 


Sebahagian daripada ahli-ahli DSR yang di tugaskan di sepanjang pameran di adakan.

Khamis, 24 Mac 2011

MESYUARAT AGONG KALI KE-TIGA DARUSYSYIFA' WARRAFAHAH

18hb Mac 2011, bertempat di Surau Darul Ifta’ Jabatan Mufti Kerajaan telah di adakan Mesyuarat Agong ketiga Darusysyifa’ Warrafahah, sebuah persatuan perubatan islam dan kebajikan yang kini di anggotai oleh hampir 500 orang ahli.

Mesyuarat pada petang itu telah di resmikan oleh Yang Mulia, Tuan Guru Dato’ Dr Ustaz Harun Din, Pengasas dan Penasihat Darussyifa Malaysia sementara itu Mesyuarat telah di pengerusikan oleh Yang Di Pertua Darusysyifa’ Warrafahah, Dato Paduka Ahmad Bukhari bin Pehin Siraja Khaitib Hj Abu Hanifah.
Antara agenda utama yang telah di bentangkan di dalam mesyuarat tersebut ialah persetujuan bagi menubuhkan Koperasi Darusysyifa’ Warrafahah dan perlantikan ahli jawatankuasa DSR yang baru.  Sementara itu, kursus asas bagi pengambilan ketiga ahli-ahli baru DSR dijangkakan akan bermula pada awal bulan April 2011 nanti, Insyaallah.