zikrullah n doa

Khamis, 24 Mac 2011

MESYUARAT AGONG KALI KE-TIGA DARUSYSYIFA' WARRAFAHAH

18hb Mac 2011, bertempat di Surau Darul Ifta’ Jabatan Mufti Kerajaan telah di adakan Mesyuarat Agong ketiga Darusysyifa’ Warrafahah, sebuah persatuan perubatan islam dan kebajikan yang kini di anggotai oleh hampir 500 orang ahli.

Mesyuarat pada petang itu telah di resmikan oleh Yang Mulia, Tuan Guru Dato’ Dr Ustaz Harun Din, Pengasas dan Penasihat Darussyifa Malaysia sementara itu Mesyuarat telah di pengerusikan oleh Yang Di Pertua Darusysyifa’ Warrafahah, Dato Paduka Ahmad Bukhari bin Pehin Siraja Khaitib Hj Abu Hanifah.
Antara agenda utama yang telah di bentangkan di dalam mesyuarat tersebut ialah persetujuan bagi menubuhkan Koperasi Darusysyifa’ Warrafahah dan perlantikan ahli jawatankuasa DSR yang baru.  Sementara itu, kursus asas bagi pengambilan ketiga ahli-ahli baru DSR dijangkakan akan bermula pada awal bulan April 2011 nanti, Insyaallah.

 



Tiada ulasan:

Catat Ulasan