zikrullah n doa

Isnin, 21 Mac 2011

SEJARAH PENUBUHAN, DASAR DAN TUJUAN PERSATUAN

Pada awal tahun 2007, sekumpulan 20 orang pengasas yang sangat prihatin terhadap kebajikan umat Islam dan penduduk di negara Brunei Darussalam iaitu dalam perkara rawatan / penyembuhan penyakit yang tidak difahami oleh kaedah perubatan tekonologi sains modern ,dengan taufik dan izin Allah telah mengambil inisiatif untuk menubuhkan sebuah persatuan perubatan Islam yang di kenali dengan nama "DARUSYSYIFA' WARRAFAHAH" yang bermaskud Persatuan Perubatan Islam dan Kebajikan. Darusysyifa' Warrafahah secara sahnya telah di daftarkan oleh Pendaftar Persatuan-Persatuan pada 24hb Julai 2007.

Antara lain tujuan DSR di tubuhkan adalah :
  1. Untuk melahirkan Pakar Perubatan Islam di Negara Brunei Darussalam.
  2. Berusaha untuk menguatkan keyakinan masyarakat Islam tentang ilmu pengubatan secara Islam dengan bermatlamatkan untuk meningkatkan keimanan mereka kepada Allah.
  3. Menyumbang kapada usaha negara dalam menanam dan menyebarkan hakikat Islam yang sebenar kepada ke semua masyarakat Islam sebagai satu cara hidup yang merangkumi segala aspek kebajikan, pendidikan, kemasyarakatan dan pengubatan.
  4. Bekerjasama dengan mana-mana badan, khasnya di Negara Brunei Darussalam, yang mempunyai kepentingan yang sejajar dengan dasar dan tujuan Persatuan untuk kebajikan serta kemajuan Islam dan umat Islam.
  5. Mengambil apa jua langkah yang terdaya dan tidak menyalahi Undang-undang, untuk melaksanakan dasar dan mencapai tujuan di atas. 

PERLAKSANAAN DASAR DAN TUJUAN

Untuk melaksanakan dasar dan mencapai tujuan yang tersebut, Persatuan akan menjalankan, antara lain, usaha-usaha berikut :

  1. Mengadakan program ceramah, halaqah dan bertukar-tukar fikiran dalam mempelajari ilmu keugamaan dan yang berkaitan dengannya, dengan penekanan khusus dalam bidang pengubatan cara Islam;
  2. Menyumbangkan tenaga bakti dalam memberi bantuan pengubatan secara Islam kepada yang memerlukan;
  3. Mengaturkan program latihan membersihkan diri, zahir dan batin, untuk mudah menerima pelajaran yang mengarah kepada melakukan kebaikan sesuai dengan ajaran Islam;
  4. Mengadakan kutipan atau mendapatkan sumbangan dalam bentuk wang atau benda dari punca yang dibolehkan oleh agama dan mengikut prosedur yang ditetapkan oleh Undang-undang, bagi faedah membiayai kegiatan Persatuan dan ;
  5. Mendatangkan pakar luar negeri bagi membantu melaksanakan dasar dan tujuan Persatuan, mengikut aturan dan peraturan pihak berkuasa di Negara Brunei Darussalam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan