Dengan tujuan bagi membantu meningkatkan sosio ekonomi ahli-ahlinya, Persatuan Perubatan Islam dan Kebajikan, Darusysyifa’ Warrafahah (DSR) hari ini, Ahad 17hb April 2011 telah mengadakan majlis taklimat / penerangan berhubung dengan tatacara penubuhan koperasi bertempat di Rumah Darusysyifa’ Warrafahah, di Jalan Madang.
Taklimat telah di hadiri oleh lebih 20 orang Ahli Jawatankuasa Pengasas (Protem Committee) bakal koperasi Darusysyifa’ Warrafahah yang di ketuai sendiri oleh Yang Di Pertua DSR, Yang Mulia, Dato Paduka Ahmad Bukhari bin PSRK Hj Abu Hanifah.
Taklimat telah di sampaikan oleh beberapa orang Pegawai kanan dari Bahagian Kemajuan Koperasi, Badan Kemajuan Industri Brunei (BINA) yang di ketuai oleh Awg Masri bin Hj Durahim yangmana antara lain menyentuh mengenai dengan pengertian koperasi, prinsip dan Akta Koperasi di samping tatacara penubuhan koperasi. Turut hadir di sesi taklimat tersebut ialah Penasihat Darusysyifa’ Warrafahah, Pg Hj Mohd Zin bin Pg Damit serta Timbalan Yang Di Pertua, Pg Dr Hjh Rahmah binti Pg Hj Jadid.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan