DENGAN HORMAT SUKACITA MEMAKLUMKAN BAHAWA PADA TAHUN INI, JAWATANKUASA TADBIR TELAH MERANCANG BEBERAPA KEGIATAN UNTUK DI LAKSANAKAN DI SEPANJANG BULAN RAMADHAN INI, ANTARANYA :
SOLAT ISYA' / TARAWIKH / SOLAT HAJAT DI IKUTI DENGAN ZIKIR DAN SESI RAWATAN AKAN DI ADAKAN PADA HARI SABTU ( MALAM MINGGU ), 28hb JULAI 2012 DAN 4hb OGOS 2012. MAJLIS AKAN BERMULA PADA JAM 7.25 MALAM.
SEMENTARA ITU, PADA 11hb OGOS 2012, SABTU ( MALAM MINGGU ), KITA AKAN MENGADAKAN MAJLIS KHATAM AL-QUR'AN DI IKUTI DENGAN MAJLIS TAHLIL, MAJLIS BERBUKA PUASA, SOLAT MAGHRIB, SOLAT HAJAT DI IKUTI DENGAN ZIKIR DAN SESI RAWATAN. MAJLIS AKAN BERMULA PADA JAM 4.00 PETANG.
SESI RAWATAN PADA MALAM-MALAM TERSEBUT HANYA AKAN BERMULA PADA JAM 9.45 MALAM HINGGA 11.30 MALAM.
SEHUBUNGAN DENGAN INI, ADALAH DI POHONKAN KERJASAMA AHLI-AHLI UNTUK MENGHADIRKAN DIRI PADA TARIKH-TARIKH DAN MASA YANG DI NYATAKAN DI ATAS BAGI SAMA-SAMA MENGAMBIL PELUANG UNTUK MELIPAT GANDAKAN PAHALA AMAL KEBAJIKAN DI BULAN YANG PENUH MUBARAK INI.
SEKIAN HARAP MAKLUM.
ADMIN.