Sabtu, 29 Oktober 2011
Khamis, 27 Oktober 2011
PELANCARAN PROGRAM LATIHAN PERAWAT DSR KE DARUSSYIFA' BANGI, MALAYSIA
Madang, 25hb Oktober 2011 - Dalam usahanya mengeluarkan lebih ramai lagi perawat-perawat perubatan Islam yang berkemahiran dari kalangan ahli-ahlinya, Darusysyifa' Warrafahah telah melangkah setapak lagi dengan pelancaran program latihan intensif yang berbentuk penempatan sambil belajar ahli-ahlinya ke Darussyifa' Bangi, Malaysia.
Seramai 25 orang ahli yang terpilih yang di bahagikan kepada beberapa buah kumpulan akan di hantar bagi mengikuti program tersebut secara berperingkat yangmana program tersebut akan bermula pada 30hb Oktober 2011 ini dan akan berakhir pada penghujung bulan Disember nanti.
Sehubungan dengan itu, majlis penyampaian tiket-tiket penerbangan dan insentif kepada kumpulan pertama yang terdiri dari sembilan orang ahli Darusysyifa’ Warrafahah telah di adakan pada malam semalam, bertempat di Rumah Darusysyifa’ Warrafahah, Jalan Madang. Penyampaian tiket-tiket penerbangan kepada ahli-ahli kumpulan pertama tersebut telah di sempurnakan sendiri oleh Dato Paduka Ahmad Bukhari bin PSK Hj Abu Hanifah, Pengerusi Darusysyifa’ Warrafahah sementara penyampaian insentif di sampaikan oleh Penasihat Darusysyifa’ Warrafahah, Pg Hj Md Zain bin Pg Hj Damit.
Kumpulan pertama ini di jangka akan berlepas ke Kuala Lumpur pada hari Ahad ini, 30hb Oktober 2011. Antara lain aturcara program latihan yang di aturkan di Darussyifa’ Bangi nanti ialah menghadiri sesi rawatan bersama Pengasas Darussyifa’, Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din serta perawat-perawat kanan Darussyifa’ Bangi, Malaysia di samping menghadiri beberapa siri taklimat/ceramah yang berkaitan dengan perubatan Islam.
Di antara musaid-musaid yang terpilih dalam program latihan intensif ini. |
Dato Paduka Ahmad Bukhari, Yang Di Pertua DSR menerangkan antaralain objektif program ini di adakan |
Ucapan dari Penasihat DSR, Pg Hj Md Zain Pg Hj Damit |
Penyerahan cek B$10,000, sumbangan dari seorang Hamba Allah kepada Yang Di Pertua DSR |
Bendahari DSR, Tuan Hj Ghafar menerima cek yang diserahkan oleh Dato Yang Di Pertua |
Pg Dr Hjh Rahmah, Timbalan Yang Di Pertua II turut memberikan ucapan di majlis tersebut. |
Ketua Rombongan, Ustaz Hj Abd Razak Hj Md Dali menerima tiket penerbangan dari Dato Penasihat DSR |
Insentif kepada para musaid disampaikan oleh Penasihat DSR. |
Timbalan Yang Di Pertua I mengalungkan Kad Pengenalan Keahlian DSR kepada musaid-musaid yang terlibat. |
Salah seorang Jawatankuasa Tadbir DSR juga di tugaskan untuk mengiringi kumpulan pertama yang akan berlepas ke Bangi pada 30hb Oktober 2011 ini. |
Ucapan balas dari Ketua Rombongan bagi kumpulan pertama, Ustaz Hj Abd Razak . |
Kumpulan pertama bergambar ramai dengan Jawatankuasa Tadbir DSR sejurus selepas penyerahan tiket penerbangan dan insentif di adakan. |
Mesyuarat pertama Kumpulan pertama |
Rabu, 19 Oktober 2011
MAKLUMAN ORANG RAMAI
MAKLUMAN 1
SUKACITA DIMAKLUMKAN BAHAWA DARUSYSYIFA' WARRAFAHAH AKAN MENGADAKAN SEMBAHYANG MAGHRIB , ISYA DAN SUNNAT HAJAT BERJEMAAH DAN SETERUSNYA MEMBACA YASSIN DAN BERZIKIR SEPERTIMANA LAZIMNYA PADA HARI SABTU (MALAM AHAD), 22hb OKTOBER 2011, JAM 6.00 PETANG.
SEHUBUNGAN DENGAN ITU, SUKACITA MENJUNJUNG/MEMPERSILAKAN AHLI-AHLI UNTUK HADIR PADA TARIKH YANG TERSEBUT DI ATAS.
MAKLUMAN 2
SUKACITA DIMAKLUMKAN KEPADA ORANG RAMAI BAHAWA DSR AKAN MENGADAKAN KLINIK RAWATAN MINGGUAN NYA PADA HARI SABTU (MALAM AHAD), 22hb OKTOBER 2011 BERMULA PADA JAM 9.00 - 11.00 MALAM.
KEPADA ORANG RAMAI YANG BERHASRAT UNTUK MENDAPATKAN RAWATAN, SILA HADIR PADA TARIKH YANG DI SEBUTKAN DI ATAS. SEKIAN HARAP MAKLUM.
@ BLOG ADMIN
Selasa, 18 Oktober 2011
MERAWAT BANGUNAN DAR TAKAFUL IBB BERHAD
Pemandangan indah Masjid Omar Ali Saifuddien dan Bandar Seri Begawan ketika masuk waktu Maghrib |
Bangunan DAR Takaful IBB Berhad yang menempatkan ibu pejabat Takaful Brunei Darussalam Sdn Bhd |
Rawatan di mulakan dengan sembahyang fardhu Maghrib berjemaah yang di imamkan oleh Musaid Ustaz Fariszal Ali |
Di ikuti dengan sembahyang solat Hajat |
Membaca surah Yassin & Zikir Asas 33 |
Menyediakan bahan-bahan sebelum memulakan rawatan |
Pembahagian tugas kepada ahli-ahli DSR |
Kerja-kerja merawat bangunan di mulakan |
Turut hadir, Pengurus Besar Takaful Brunei Darussalam, Tuan Hj Musib. |
Bagi memberkati majlis, doa selamat telah di bacakan oleh Awg Sabtu Abd Ghani |
Sebelum bersurai, Ustaz Fariszal menyampaikan beberapa pesanan kepada yang hadir tentang beberapa perkara yang perlu di ketahui selepas merawat sesebuah bangunan |
Langgan:
Catatan (Atom)