zikrullah n doa

Khamis, 27 Oktober 2011

PELANCARAN PROGRAM LATIHAN PERAWAT DSR KE DARUSSYIFA' BANGI, MALAYSIA

Madang, 25hb Oktober 2011 - Dalam usahanya mengeluarkan lebih ramai lagi perawat-perawat perubatan Islam yang berkemahiran dari kalangan ahli-ahlinya, Darusysyifa' Warrafahah telah melangkah setapak lagi dengan pelancaran program latihan intensif yang berbentuk penempatan sambil belajar ahli-ahlinya ke Darussyifa' Bangi, Malaysia.
Seramai 25 orang ahli yang terpilih yang di bahagikan kepada beberapa buah kumpulan akan di hantar bagi mengikuti program tersebut secara berperingkat yangmana program tersebut akan bermula pada 30hb Oktober 2011 ini dan akan berakhir pada penghujung bulan Disember nanti.
Sehubungan dengan itu,  majlis penyampaian tiket-tiket penerbangan dan insentif  kepada kumpulan pertama yang terdiri dari sembilan orang ahli Darusysyifa’ Warrafahah telah di adakan pada malam semalam, bertempat di Rumah Darusysyifa’ Warrafahah, Jalan Madang.  Penyampaian tiket-tiket penerbangan kepada ahli-ahli kumpulan pertama tersebut telah di sempurnakan sendiri oleh Dato Paduka Ahmad Bukhari bin PSK Hj Abu Hanifah, Pengerusi Darusysyifa’ Warrafahah sementara penyampaian insentif di sampaikan oleh Penasihat Darusysyifa’ Warrafahah, Pg Hj Md Zain bin Pg Hj Damit.
Kumpulan pertama ini di jangka akan berlepas ke Kuala Lumpur pada hari Ahad ini, 30hb Oktober 2011. Antara lain aturcara program latihan yang di aturkan di Darussyifa’ Bangi nanti ialah menghadiri sesi rawatan bersama Pengasas Darussyifa’, Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din serta perawat-perawat kanan Darussyifa’ Bangi, Malaysia di samping  menghadiri beberapa siri taklimat/ceramah yang berkaitan dengan perubatan Islam.

Di antara musaid-musaid yang terpilih dalam program latihan
intensif ini.

Dato Paduka Ahmad Bukhari, Yang Di Pertua
DSR menerangkan antaralain objektif program
ini di adakan

Ucapan dari Penasihat DSR, Pg Hj Md Zain Pg Hj Damit

Penyerahan cek B$10,000, sumbangan dari seorang
Hamba Allah  kepada Yang Di Pertua DSR
Bendahari DSR, Tuan Hj Ghafar menerima cek
yang diserahkan oleh Dato Yang Di Pertua
Pg Dr Hjh Rahmah, Timbalan Yang Di Pertua II turut
memberikan ucapan di majlis tersebut.
Ketua Rombongan, Ustaz Hj Abd Razak Hj Md Dali menerima
tiket penerbangan dari Dato Penasihat DSR
Insentif kepada para musaid disampaikan oleh
Penasihat DSR.
Timbalan Yang Di Pertua I mengalungkan Kad Pengenalan
Keahlian DSR kepada musaid-musaid yang terlibat.
Salah seorang Jawatankuasa Tadbir DSR juga di tugaskan
untuk mengiringi kumpulan pertama yang akan berlepas
ke Bangi pada 30hb Oktober 2011 ini.
Ucapan balas dari Ketua Rombongan bagi kumpulan pertama,
Ustaz Hj Abd Razak .
Kumpulan pertama bergambar ramai dengan Jawatankuasa
Tadbir DSR sejurus selepas penyerahan tiket penerbangan
dan insentif di adakan.
Mesyuarat pertama Kumpulan pertama

Tiada ulasan:

Catat Ulasan