zikrullah n doa

Ahad, 8 Januari 2012

MAKLUMAN PENTING BAGI ORANG RAMAI

PER : MUSLIHAT PIHAK YANG MENYAMAR / MENDAKWA SEBAGAI AHLI-AHLI / PERAWAT-PERAWAT DARUSYSYIFA' WARRAFAHAH

Pihak Jawatankuasa Tadbir Darusysyifa’ Warrafahah telah di maklumkan oleh orang ramai bahawa ada terdapat beberapa kumpulan yang yang mendakwa diri mereka ahli-ahli / perawat-perawat Darusysyifa’ Warrafahah yang menawarkan khidmat rawatan dan juga khidmat merawat / memagar / mengguris rumah / bangunan-bangunan persendirian dan lain lain kepada orang ramai di negara ini. Mereka ini antara lain mendakwa yang mereka :
Merupakan ahli-ahli Darusysyifa’ Warrafahah yang sudah di tauliahkan
• boleh merawat pelbagai jenis penyakit dengan mengenakan bayaran / ‘pengkeras’ kepada pihak pesakit
• boleh melihat benda benda ghaib seperti jelmaan jin, syaitan dan sebagainya
boleh melihat jin dan mengenal pasti kewujudan mereka didalam / luar rumah yg dirawat sehinggakan dalam sesetengah kes, mereka menasihati tuan rumah supaya mengubah kedudukan pintu yang mereka kata membawa sial dsb ; dan lain-lain dakwaan yang kononnya boleh di lakukan oleh mereka.


Pihak Jawatankuasa Tadbir Darusysyifa' Warrafahah ingin memperingatkan orang ramai supaya jangan mudah percaya / terpedaya dengan dakwaan pihak-pihak yang tidak bertanggung jawab yang mendakwa bahawa diri mereka adalah perawat-perawat / ahli-ahli Darusysyifa’ Warrafahah, apatah lagi bilamana mereka mempraktikkan kaedah rawatan yang nyata bercanggah dengan apa yang di praktikkan ( etika rawatan ) oleh perawat-perawat Darusysyifa’ Warrafahah.

Sehubungan dengan itu, bagi memastikan yang pihak orang ramai tidak mudah tertipu / terpedaya dengan pihak-pihak berkenaan, sila pastikan yang abiskita mengetahui maklumat-maklumat berikut :

• Nama dan nombor keahlian perawat / ahli perawat berkenaan.
• Setiap perawat Darusysyifa’ Warrafahah kini telah di bekalkan dengan Pas Pengenalan Perawat yang di tandatangani oleh Pengerusi DSR. Sila pastikan mereka memakai Pas Perawat ini semasa membuat rawatan.
• Sila hubungi pihak pentadbiran DSR di talian 2336807 / 7160807 atau inbox ke Facebook DSR ini atau emailkan ke darusysyifawarrafahah@gmail.com bagi memastikan kesahihan keahlian perawat berkenaan.

ORANG RAMAI MESTI INGAT, HANYA DENGAN MEMAKAI SONGKOK DARUSYSYIFA’ WARRAFAHAH TIDAK BERMAKNA YANG PEMAKAINYA ADALAH MERUPAKAN AHLI / PERAWAT DARUSYSYIFA’ WARRAFAHAH.

Sekian sahaja yang dapat di sampaikan untuk makluman bersama.

Blog Admin
08.01.2012

Tiada ulasan:

Catat Ulasan