zikrullah n doa

Khamis, 16 Februari 2012

PELANCARAN KURSUS BAGI MUSAID PENGAMBILAN KEDUA DSR 14/2/2012

Majlis pelancaran kursus bagi musaid Darusysyifa' Warrafahah pengambilan kedua telah di adakan pada 14hb Februari 2012 bertempat di rumah DSR di Jalan Madang. Ianya telah di lancarkan oleh Pengerusi DSR, Dato Paduka Ahmad Bukhari PSK Abu Hanifah. Turut memberikan ucapan di majlis tersebut ialah Penasihat DSR, Pg Hj Md Zin dan Timbalan Pengerusi DSR, Pg Dr Hjh Rahmah.

Kursus akan di adakan pada setiap hari Selasa yangmana akan di mulai dengan majlis zikir dan sesi taklimat oleh tenaga tenaga pengajar di kalangan ahli ahli DSR sendiri dan juga dari Darussyifa' Bangi . Bagi pengambilan kedua ini, seramai 61 orang ahli telah memohon untuk menjadi musaid yang terdiri dari seramai 35 orang ahli lelaki dan 26 orang ahli perempuan.
 
Pengerusi DSR memberikan kata-kata nasihat
kepada bakal-bakal Musaid yang baru
Ucapan dari Penasihat DSR, Pg Hj Md Zin
Timbalan Pengerusi DSR, Pg Dr Hjh Rahmah
memberikan taklimat kepada bakal-bakal
Musaid dan Musa'idah
  

Tiada ulasan:

Catat Ulasan