PIHAK DSR BARU SAHAJA DI MAKLUMKAN BAHAWA SALAH SEORANG GURU KITA IAITU USTAZ ABD RASHID TELAH DI TIMPA MUSIBAH BARU-BARU INI.
SURAU DIMANA BELIAU MENJALANKAN KLINIK RAWATANNYA TELAH DI LANDA BANJIR BESAR BARU-BARU INI. KESEMUA KELENGKAPAN PERABOT DAN BARANG-BARANG DI DALAM SURAU TERSEBUT HABIS MUSNAH DAN HANYUT OLEH AIR BANJIR YANG SEDALAM 3 METER. OLEH ITU, BELIAU MEMOHON JASA BAIK PIHAK DSR UNTUK MEMBANTU BELIAU BAGI MEMBELI PERABOT-PERABOT YANG BARU BAGI KEGUNAAN SURAU BERKENAAN.
SEHUBUNGAN DENGAN PERKARA INI, SEBUAH TABUNG KHAS KINI ADA DI SEDIAKAN DI RUMAH DSR BERMULA DARI HARI INI, SELASA, 27/3/2012 BAGI MEMBOLEHKAN AHLI-AHLI MAHUPUN PIHAK INDIVIDU YANG BERHASRAT UNTUK MENYUMBANGKAN DERMA IKHLAS (BERBENTUK KEWANGAN) SEANGKAT-ANGKAT HATI BAGI MERINGANKAN BEBAN YANG DI TANGGUNG OLEH USTAZ RASHID, SIAPA YANG TELAH BANYAK BERJASA KEPADA KITA SELAMA INI.
DI ATAS SUMBANGAN IKHLAS TUAN-TUAN / PUAN-PUAN ITU, KAMI TIDAK LUPA MENGUCAPKAN RIBUAN TERIMA KASIH DAN BERDOA SEMOGA ALLAH TAALA AKAN MENGURNIAKAN GANJARAN PAHALA YANG SETIMPAL DENGAN AMAL KEBAJIKAN YANG TELAH TUAN-TUAN / PUAN-PUAN LAKUKAN, INSYAALLAH.
ADMIN
Tiada ulasan:
Catat Ulasan