zikrullah n doa

Sabtu, 12 Mei 2012

DARUSYSYIFA' WARRAFAHAH TERIMA KUNJUNGAN SEKUMPULAN DOKTOR

Rabu, 9hb Mei 2012 - Darusysyifa' Warrafahah  (DSR) telah menerima kunjungan lawatan dari sekumpulan Doktor yang pada ketika ini sedang mengikuti pengajian Master Degree di Universiti Brunei Darussalam (UBD). Tujuan lawatan di buat ialah bagi mengetahui secara lebih dekat tentang pengurusan dan pentadbiran DSR di samping bagi bertukar-tukar pandangan bagi manafaat kedua-dua belah pihak.

Taklimat telah di sampaikan oleh Timbalan Yang Di Pertua 1, Yang Mulia, Pg Dr Hjh Rahmah Pg Hj Jadid dan Pengurus DSR, Tuan Hj Sofian. Turut hadir  ialah Penasihat DSR serta ahli-ahli Jawatankuasa Tadbir DSR yang lain. Di akhir perbincangan, kedua-kedua pihak bersetuju untuk DSR memberikan taklimat kepada kesemua lapisan doktor dan pakar-pakar di Kementerian Kesihatan. Perkara itu akan di aturkan oleh pihak Kementerian Kesihatan nanti.

Taklimat di sampaikan oleh Pg Dr Hjh Rahmah, Timbalan Yang Di Pertua 1 DSR
Ahli-ahli jawatankuasa Tadbir DSR memperkenalkan diri
Ketua Rombongan, Kumpulan Doktor yang membuat lawatan ke DSR
Tuan Hj Sofian, Pengurus DSR
Antara doktor yang turut hadir ( No. 2 & 3 dari kanan )
Awg Hj Azmain, Pengurus Jualan DSR memberikan penerangan
tentang produk-produk yang di jual di DSR
Produk-produk DSR turut mendapat sambutan menggalakkan dari
doktor-doktor yang hadir.
Salah seorang doktor di dalam rombongan ini turut mendapatkan rawatan
dari salah seorang perawat / AJK Tadbir DSR.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan