1) Mudawi Darusysyifa’ Warrafahah (Perawat)
ialah ahli yang diberi Tauliah Mudawi dan memiliki kad pengenalan Mudawi
yang sah bagi tempoh tertentu. Mudawi biasanya dibantu oleh Musa‘id (Pembantu
Perawat) yang juga memiliki kad pengenalan bertempoh yang sah. Ahli yang tidak ditauliah menjadi Mudawi
Darusysyifa’ Warrafahah, jika merawat di luar, adalah menyalahi aturan dan
disiplin, maka dalam hal demikian, Darusysyifa’ Warrafahah tidak
bertanggungjawab ke atas kegiatan yang dilakukannya.
2) Rawatan, sama ada untuk pertama kali mahupun
ulangan, hanya diberikan oleh Mudawi/Musa‘id di Rumah Darusysyifa’ Warrafahah,
kecuali rawatan di luar yang diaturkan oleh Pengurusan Darusysyifa’ Warrafahah
kerana maslahat tertentu, seperti rawatan bangunan atau pesakit yang keuzuran
untuk datang. Dalam hal demikian, orang ramai yang menerima rawatan di tempat
mereka hendaklah mempastikan Mudawi/Musa‘id yang datang itu memiliki kad
pengenalan diri yang sah dikeluarkan oleh Darusysyifa’ Warrafahah, atau
mendapatkan pengesahan melalui telefon +673 7160807.
PAS PERAWAT (MUSA'ID)
PAS PERAWAT (MUSA'ID)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan