zikrullah n doa

Rabu, 22 Januari 2014

MAKLUMAN PENTING UNTUK SEMUA AHLI-AHLI DARUSYSYIFA' WARRAFAHAH

DSR/SU/SK/2014/01/16-1                                           14 Rabiulawal 1435H / 16 Januari 2014M


PER : CALON BAGI JAWATANKUASA TADBIR DARUSYSYIFA WARRAFAHAH BAGI SESI 2014-2016
                                                  

Dengan ini dimaklumkan kepada semua ahli Darusysyifa Warrafahah bahawa tempuh perkhidmatan Jawatankuasa Tadbir Darusysyifa Warrafahah bagi Sesi 2011-2013 akan mansuh pada bulan Mac 2014 ini. Sehubungan dengan ini kepada ahli-ahli Darusysyifa Warrafahah di persilakan menghantar nama calon bagi perlantikan 10 orang ahli Jawatankuasa Tadbir bagi Sesi 2014-2017 seperti apa yang diterangkan dalam Peraturan Darusysyifa Warrafahah Fasal 18 Jawatankuasa dan Perlantikannya perkara 18.2, 18.3, 18.4, 18.4.1, 18.4.2, 18.4.3. seperti berikut:

18.2 Sepuluh (10) orang ahli Jawatankuasa hendaklah dipilih di dalam Mesyuarat Agung melalui pencalunan dan secara undi, dan empat belas (14) orang lagi dilantik oleh Jawatankuasa dari Ahli Biasa dan/atau Ahli Seumur Hidup.

Dengan syarat bahawa lantikan Ahli Dilantik hendaklah berdasarkan kepada keperluan perlaksanaan projek atau program Darusysyifa’Warrafahah untuk tempoh satu (1) tahun, dan tertakluk kepada Peraturan 18.5, disambung jika projek atau program berkenaan masih memerlukan.

18.3 Pencalunan dan perlantikan ahli Jawatankuasa dibuat sekali dalam tiga (3) tahun di dalam Mesyuarat Agung.

18.4 Pencalunan ahli Jawatankuasa hendaklah dicadangkan, disokong, disahkan pemilihannya melalui undian yang terbanyak dalam Mesyuarat Agung berkenaan. Pencalunan hendaklah dibuat mengikut prosedur berikut:

18.4.1 Pencalunan hendaklah dihadapkan kepada Setiausaha sebelum atau pada tarikh yang ditetapkannya dalam satu pemberitahuan. Pencalunan akan ditazkiah oleh Jawatankuasa.

18.4.2 Pencalunan hendaklah menyertakan keterangan lanjut yang mewajarkan pencalunan berkenaan, seperti C.V., jasa dan komitmen calun kepada Darusysyifa’ Warrafahah. Dan ia hendaklah mendapat sokongan sekurang-kurangnya daripada 3 orang ahli Darusysyifa’ Warrafahah. Pencalunan boleh ditolak kerana keterangan yang tidak lengkap.

18.4.3 Setiausaha hendaklah menghebahkan calun-calun yang diterima setelah ditazkiah kepada ahli-ahli Darusysyifa’ Warrafahah tidak kurang seminggu daripada tarikh Mesyuarat Agung.

Dengan syarat bahawa Jawatankuasa boleh membuat usul cadangan nama bagi sebahagian atau sepenuhnya Ahli Dipilih, sebagai pilihan (Option) kepada proses percalunan dan meminta kelulusan Mesyuarat Agung mengenainya.

Dengan syarat lagi bahawa usul Jawatankuasa itu hendaklah lengkap dengan keterangan yang mewajarkannya dan dipersetujui oleh semua ahli Jawatankuasa.

Cadangan pencalonan yang lengkap yang menyebutkan nama calon, nombor keahliannya, C.V. dan jasa serta komitmen calon hendaklah dihadapkan kepada:
 

Setiausaha, 
Jawatankuasa Tadbir Darusysyifa Warrafahah
Lot: 17451, Unit A, Simpang 189-41-30, Kg.Manggis,
Jalan Madang, BSB BC3715, Negara Brunei Darussalam.

tidak lewat dari jam 4.00 petang Khamis, 30hb Januari 2014. Nama pencalon dan nombor keahliannya juga hendaklah disertakan. Cadangan yang tidak memenuhi perkara-perkara yang disebutkan di atas akan tidak dilayan.

Pg Hj Idris Pg Hj Sabtu
Setiausaha
Jawatankuasa Tadbir Darusysifa Warrafahah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan